Penerangan
08 Februari 2023, MELAKA - Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah menyerahkan banner dan poster larangan Pembakaran terbuka kepada JAPERUN Ayer Keroh (Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN)).
Penyerahan banner dan poster larangan pembakaran terbuka ini bertujuan untuk memberi kesedaran dan peringatan bahawa melakukan pembakaran terbuka adalah satu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM 500,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Kompaun maksimum sebanyak RM 2,000 juga boleh dikenakan.
#NRECC
#JabatanAlamSekitar
#jasnegerimelaka
#AlamSekitarTanggungjawabBersama
#japerunayerkeroh