Penerangan
KUALA TERENGGANU, 9 FEBRUARI- Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu Encik Ramli Abd. Rahman telah mempengerusikan Mesyuarat Pagi Bil. 5/2023.
Antara topik utama yang dibincangkan pada mesyuarat kali ini berkenaan isu-isu penguatkuasaan dan tadbir urus Jas Terengganu.
Timbalan Pengarah, Encik Zakaria Ahmad @ Mohd, Ketua Penolong Pengarah, Encik Mohd Norli bin Abdullah, Ketua Cawangan Kemaman, Ecik Wan Azuan bin Wan Omar serta seluruh kakitangan Jabatan yang berpejabat di Kuala Terengganu dan Cawangan Kemaman hadir sama.
Majlis dimulakan dengan bacaan Yaasin sebagai komitmen integriti, pihak pengurusan kepada kakitangannya.
Kemudian disusuli dengan taklimat Prosedur Kualiti Penguatkuasaan EIA kepada pegawai-pegawai penguatkuasa bagi memantapkan lagi kerja-kerja penguatkuasaa ke atas kuari dan lombong.
#Kementeriansumber aslialamsekitardanperubahaniklim
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama