7 Februari 2023, MELAKA- Jabatan alam sekitar Melaka menjalankan siasatan Notification Pollution Event (NPE) bagi stesen 3MMLK035 di Sungai Rembia. Peningkatan pencemaran bagi parameter nitrate di lokasi ini adalah kali kedua di siasat . Pada 29 November 2022 telah menjalankan siasatan di lokasi yang sama. Terdahulu JAS Melaka telah mengambil beberapa sampel di beberapa lokasi berkaitan dan analisa kimia telah diterima pada 5 Disember 2022.
Jabatan ini telah memanjangkan surat kepada beberapa agensi berkaitan iaitu Majlis Perbandaran Alor Gajah, Badan Kawal Selia Air Negeri Melaka, Jabatan Veterinar Negeri Melaka dan Jabatan Pertanian Negeri Melaka untuk bersama-sama memantau aktiviti dan gunatanah di sepanjang Sungai Rembia bagi memastikan kualiti alam sekitar terpelihara.
Orang ramai boleh membuat sebarang aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke
[email protected] atau ke portal aduan https://
[email protected].