Penerangan
6 FEBRUARI 2023, ARAU - YB EXCO Alam Sekitar, Tuan Megat Hashirat bin Hassan bersama-sama Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis telah menjalankan lawatan kerja ke Loji Rawatan Air Arau Fasa 4.
Lawatan Kerja ini bertujuan untuk melihat pengurusan pelaksanaan isu-isu berkaitan alam sekitar dan membincangkan penambahbaikan yang perlu diambil bagi memastikan pematuhan kepada setiap perundangan dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dipatuhi sepenuhnya.
Taklimat ringkas berkenaan loji-loji rawatan air di Negeri Perlis telah di sampaikan oleh Dr. Ir. Ts. Hj. Mohmad Asari bin Daud, Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Perlis Sdn Bhd. Lawatan ke loji juga diadakan bagi melihat operasi loji.
JAS Perlis amat berbesar hati dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Tuan Megat Hashirat bin Hassan atas kesungguhan beliau dalam usaha memastikan kelestarian alam sekitar terus terpelihara demi generasi masa kini dan akan datang.
#nrecc
#JabatanAlamSekitar
#JASPerlis
#AlamSekitarTanggungjawabBersama
#jasperlis_feb2023