Penerangan
KEMAMAN, 4 FEBRUARI 2023 – Cuti hujung minggu, pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu, Cawangan Kemaman terus komited menjalankan rondaan bagi memantau operasi premis dan mencegah pembakaran terbuka.
Rondaan melibatkan kawasan penempatan taman-taman perumahan dan kampung-kampung, tapak pelupusan sampah serta permis-premis industri di sekitar kawasan Gong Limau, Mak Chili, Desa Solehah, Ibok, Sri Bandi, Chukai, Jakar, Banggol, Kijal, Kemasik, dan Kerteh,
Hasil rondaan dan pemantauan ini, tiada pembakaran terbuka dijumpai dan tiada kes-kes yang abnormal dan mencurigakan dikesan.
Pasukan penguatkuasa JAS Terengganu sentiasa bersiap siaga dalam menghadapi sebarang kemungkinan bencana pencemaran dari punca-punca yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Kerjasama orang awam juga amat-amat dialu-alukan dalam mengemukakan aduan pencemaran kepada JAS Terengganu. Ini merupakan tanggungjawab dan amanah dalam memberi keutamaan kepada kesejahteraan orang awam, khusnya rakyat di negeri Terengganu ini.
#kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama