PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

KESEJAHTERAAN ORANG AWAM DIBERI KEUTAMAAN: PANTAU OPERASI KILANG DAN UKUR KUALITI UDARA PADA WAKTU MALAM

DOE Terengganu 07/02/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KESEJAHTERAAN ORANG AWAM DIBERI KEUTAMAAN: PANTAU OPERASI KILANG DAN UKUR KUALITI UDARA PADA WAKTU MALAM
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
07/02/2023
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

KEMAMAN, 4 FEBRUARI 2023 – Cuti hujung minggu, pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu, Cawangan Kemaman terus komited meningkatkan rondaan bagi memantau kualiti udara dan  operasi kilang-kilang di daerah ini. Dengan menggunakan peralatan “Portable Multi Gas Analyser (CEREX)”, status kualiti udara secara insitu dapat dianalisa dan direkodkan untuk tindakan susulan JAS Terengganu. Inisiatif dan tindakam proaktif ini diambil bagi menyediakan data pemantauan kualiti udara in-situ terkini di kawasan perindustrian serta kesiap siagaan dalam menghadapi sebarang kemungkinan pencemaran yang tidak diingini berlaku. Kesiap siagaa ini, bagi memastikan kesejahteraan orang awam diberi keutamaan dan operasi kilang-kilang di negeri Terengganu ini berada pada tahap pematuhan yang baik di bawah peruntukan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. #kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim #jabatanalamsekitar #jasterengganu #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan