Penerangan
4 Feb 2023, Perlis - Pegawai Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis sentiasa komited menjalankan rondaan dan siasatan ke atas setiap aduan kes pembakaran terbuka.
Orang ramai terutamanya penduduk di Negeri Perlis dinasihatkan untuk memberhentikan amalan pembakaran terbuka kerana cuaca panas dan kering boleh menyebabkan pembakaran terbuka sukar dikawal.
Pembakaran terbuka merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan kompaun sebanyak RM 2000.00 dan denda maksima RM 500,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.
#nrecc
#jabatanalamsekitar
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasperlis
#jasperlis_feb2023