2 Februari 2023, MELAKA – Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah selesai menjalankan Ops Gempur Bil 1/2023 ke atas premis-premis yang bukan ditetapkan (PYBDT) dan premis-premis yang ditetapkan (PYDT) bertarikh 1 hingga 2 Feb 2023.
Operasi bersepadu ini dianggotai seramai 18 anggota penguatkuasa dari Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka, 10 anggota penguatkuasa dari Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan 3 orang anggota daripada Polis Diraja Malaysia.
Sebanyak 14 premis telah diperiksa yang membawa kepada 12 Arahan di Lapangan, 12 penyediaan kertas siasatan bagi Izin Mengkompaun, 7 Notis Arahan dan 1 Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) telah diambil tindakan oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka di atas pelanggaran Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Hasil daripada operasi ini juga, 3 kompaun di bawah Akta 171, Akta Kerajaan Tempatan 1976 telah dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan MBMB.
Orang awam diminta untuk menyalurkan aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke
[email protected] atau ke portal aduan https://
[email protected].
#KementerianSumberAsliAlamSekitardanPerubahanIklim
#jabatanalamsekitar
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasnegerimelaka