Penerangan
2 FEBRUARI 2023, ARAU - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Perlis telah mengadakan pameran sempena Program Hari Kokurikulum dan Hari Kantin Sekolah Tunku Budriah yang diadakan di perkarangan podium Sekolah Tengku Budriah.
Selain pameran, aktiviti permainan, edaran buku aktiviti dan lain-lain aktiviti juga disediakan bagi menarik minat pelajar untuk mengunjungi booth pameran disamping mendapat ilmu pengetahuan berkaitan alam sekitar. Tujuan pameran alam sekitar diadakan adalah untuk mempromosikan aktiviti kesedaran alam sekitar kepada orang ramai.
Jabatan ini mengalu-alukan sebarang kerjasama bagi penganjuran aktiviti berkaitan Communication, Education and Public Awareness (CEPA) oleh mana-mana pihak yang berminat.
Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah di atas kerjasama yang diberikan dan semoga kerjasama yang terjalin akan berterusan demi memastikan kelestarian alam sekitar terus terpelihara untuk generasi akan datang.
#nrecc
#jabatanalamsekitar
#jasperlis
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasperlis_feb2023