PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

PENYERTAAN JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI MELAKA SEBAGAI PEMPAMER DI PROGRAM LARIAN HIJAU KASTURI PERINGKAT DAERAH ALOR GAJAH 2023

DOE Melaka 31/01/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PENYERTAAN JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI MELAKA SEBAGAI PEMPAMER DI PROGRAM LARIAN HIJAU KASTURI PERINGKAT DAERAH ALOR GAJAH 2023
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
08/02/2023
Organisasi
DOE Melaka

Penerangan

30 Januari 2023, MELAKA - Program Larian Hijau Kasturi Peringkat Daerah Alor Gajah 2023 telah berlangsung pada 28 Januari 2023 yang lalu bertempat di Taman Rekreasi Durian Daun, Masjid Tanah Melaka. Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah mengambil bahagian mengadakan pameran dan diantara aktiviti yang telah dijalankan adalah pendaftaran keahlian Rakan Alam Sekitar (RAS) serta edaran pamflet larangan pembakaran terbuka kepada peserta dan komuniti Alor Gajah. Aktiviti pada hari ini adalah anjuran Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) serta PIBG SMK Hang Kasturi, Melaka dan penyertaan larian adalah terdiri dari 7 buah sekolah. Jabatan ini juga mengalu-alukan sebarang kerjasama bagi penganjuran aktiviti berkaitan Communication, Education and Public Awareness (CEPA) oleh mana-mana pihak yang berminat. #KementerianSumberAsliAlamSekitardanPerubahanIklim #JabatanAlamSekitar #AlamSekitarTanggungjawabBersama #jasnegerimelaka

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan