Penerangan
Mesyuarat Ahli Sabah Environmental Educotion Network (SEEN) Bil 1/2023 ??????????
31 Januari 2023, Kota Kinabalu - Mesyuarat Ahli SEEN Bil 1/2023 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Sabah dengan pengisian berikut:-
???? Mesyuarat SEEN Bil 1/2023
??? Tayangan Video Kesedaran Perlindungan Sungai
?? Sesi Kupi Kupi SEEN oleh Society for The Prevention of Cruelty to Animals ??????????
??? Permainan Digital Polis Alam Sekitar (POLAS) ?????????????
Memandangkan terdapat beberapa ahli baru yang menyertai SEEN semasa mesyuarat tersebut, soalan-soalan berkaitan kaedah menyalurkan aduan alam sekitar, isu pembakaran terbuka dan Rakan Alam Sekitar telah diajukan dan Pengerusi Mesyuarat iaitu Tuan Vitalis Moduying, Pengarah JPAS telah mohon wakil JAS untuk memberi penerangan dan penjelasan berkaitan persoalan tersebut.
Seperti pada ketetapan mesyuarat yang lalu, JAS Sabah telah dimohon untuk mengendalikan satu program dalam Kluster SDG iaitu bagi isu Perubahan Iklim.