Penerangan
BENGKEL KAJIAN PELAN PEMBANGUNAN RANGKAIAN JALAN RAYA 2040 ??
?? Tarikh: 30 Januari 2023 (Isnin).
?? Masa: 09.00 pagi - 05.00 petang.
?? Tempat: Tun Sakaran Ballroom 1, Hotel Raia
?? Anjuran: Kementerian Kerja Raya Malaysia
?? Jumlah Kehadiran: Seramai lebih kurang 60 orang hadir secara fizikal yang terdiri dari pegawai-pegawai kanan Jabatan/Agensi Negeri dan Persekutuan
????? Kehadiran JAS Sabah: KPP(P) YY
??Butiran Sesi Perbincangan:
1?? Sesi perbincangan dimulakan dengan pembentangan ringkas PELAN PEMBANGUNAN RANGKAIAN JALAN RAYA 2040 oleh Kementerian Kerja Raya Malaysia
2?? Seterusnya, perbincangan kumpulan dimulakan berkaitan dengan topik:
?? Strategi Pembangunan Jalan serta Polisi dan Undang-Undang Berkaitan
?? Pembangunan Guna Tanah dan sosioekonomi
?? Cadangan Naik Taraf Jalan dan Jajaran Baru
3?? JAS Sabah memaklumkan keperluan untuk mematuhi AKAS 1974 dan peraturan-perturan di bawah sepanjang pembinaan jalan raya tersebut. Input teknikal akan diberikan daripada laporan EIA JPAS. Ini termasuklah berkaitan pembakaran terbuka, buangan terjadual, kumbahan, keperluan PB SKPU untuk loji asphalt, kawalan habuk fugitif dan
sisa pepejal.