Penerangan
SESI PERBINCANGAN DENGAN JAS NEGERI BERHUBUNG STATUS PELAKSANAAN PROJEK PERINTIS SISTEM PEMANTAUAN EIA (SPEIA)??
??Tarikh: 30 Januari 2023 (Isnin).
?? Masa: 02.30 petang - 04.45 petang.
??Tempat: Bilik Kenanga, Aras 2, JAS Ibu Pejabat, Putrajaya dan secara dalam talian Google Meet.
??Anjuran: Bahagian Penilaian JAS Ibu Pejabat.
??Jumlah Kehadiran: Seramai lebih kurang 38 orang hadir secara fizikal dan dalam talian terdiri dari pegawai-pegawai Bahagian JAS Ibu Pejabat dan JAS Negeri.
????? Kehadiran JAS Sabah: PP(K)(SJ).
??Butiran Sesi Perbincangan:
1?? Sesi perbincangan dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YBrs. Puan Rohimah Ayub, Pengarah, Bahagian Penilaian JAS Ibu Pejabat. Taklimat perbincangan disampaikan oleh KPP Rohimi Harun.
2?? Pihak urusetia memaklumkan bahawa telah mengadakan tiga (3) sesi hands-on latihan SPEIA bersama pegawai JAS Negeri kecuali Terengganu dan Sarawak.
3?? JAS Sarawak akan mengemukakan permohonan latihan hands-on SPEIA manakala JAS Pahang, Terengganu dan Kelantan akan mengemukakan permohonan latihan hands-on SPEIA bagi projek ECRL (Projek Fasa).
4?? Beberapa JAS Negeri yang telah menghadiri siri latihan hands-on SPEIA telah melaksanakan projek perintis ini dan pihak urusetia memohon berhubung dengan Puan Roimah Dollah @ Encik Mohd Zahiruddin Md Sidek (BTM) sekiranya mempunyai masalah berkaitan sistem.
5?? Pihak urusetia memohon JAS Negeri mengemukakan status terkini pelaksanaan projek perintis SPEIA masing-masing melalui emel kepada pihak urusetia.