Penerangan
Upacara Memperingati Mangsa-mangsa Perang Petagas
21 Januari 2023, Tugu Peringatan Petagas - Upacara memperingati mangsa-mangsa perang di Tugu Peringatan Petagas pada hari ini, berlangsung tenang dengan pematuhan sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
Diadakan pada setiap 21 Januari, upacara tersebut diadakan bagi mendoakan kesejahteraan roh para pejuang Pasukan Gerila Kinabalu yang menentang pendudukan Jepun semasa Perang Dunia Kedua di Sabah.
Acara tabik hormat ini adalah untuk memberi penghargaan atas keberanian para pejuang yang mempertahankan kedaulatan Sabah.
Selepas itu, ?? tiupan ‘Last Post’ sebagai simbolik berakhirnya nyawa seseorang parajurit dimainkan bagi memberi penghormatan serta memperingati pejuang yang gugur di medan perang.
Sesi meletakkan karangan bunga ???????? juga telah dilakukan oleh jemputan-jemputan khas serta wakil ahli keluarga mangsa perang, sebelum diakhiri dengan acara tiupan ‘rouse’.
Tuan Amirul Aripin, Pengarah JAS Sabah telah turut hadir ke majlis ini bagi memberi penghormatan kepada para pejuang ????