Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- MESYUARAT PENCAPAIAN CEPA 2022 DAN PENYELARASAN HALATUJU CEPA 2023
- Tahun
- 2023
- Tarikh Keluaran
- 31/01/2023
- Organisasi
- DOE WP Putrajaya
- Lokasi
- Sabah>KOTA KINABALU
Penerangan
MESYUARAT PENCAPAIAN CEPA 2022 DAN PENYELARASAN HALATUJU CEPA 2023
Bahagian Komunikasi Strategik JAS Putrajaya telah melaksanakan Mesyuarat Pemantapan CEPA dan penyelarasan Halatuju CEPA 2023 yang bertujuan untuk:-
?? Menilai pencapaian CEPA 2022 dan halatuju pemantapan CEPA 2023 .
?? Membincangkan Peruntukan kos CEPA 2023.
?? Membincangkan cadangan penambahbaikan dan isu-isu berkaitan program CEPA
Mesyuarat tersebut telah diadakan seperti berikut: -
??? Tarikh: 11 Januari 2023 (Rabu)
? Masa: 9:00 am - 5:30 pm
?? Tempat: JAS Putrajaya
???? Pengerusi: TKPP YBrs. Dr Norhazni Mat Sari
Mesyuarat dimulakan dengan Perutusan Pengerusi Mesyuarat dan disusuli dengan Pembentangan Pencapaian KPI CEPA JAS Malaysia.
5?? pembentangan telah disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah (KPP) daripada 5 Seksyen di dalam Bahagian Komunikasi Strategik JAS seperti berikut:-
?? Seksyen Kesedaran Alam Sekitar (SKAS)
?? Seksyen Pendidikan Alam Sekitar (SPAS)
?? Seksyen Penerbitan dan Perpustakaan (SPP)
?? Seksyen Media & Komunikasi Korporat (SMKK)
?? Seksyen Perhubungan Antarabangsa (SPA)
Antara Rumusan Mesyuarat adalah seperti berikut :-
?? TKPP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada JAS Sabah atas sokongan dan bantuan kepada JAS Putrajaya semasa Debat Alam Sekitar IPT pada tahun 2022;
?? Setiap program kerjasama dengan Rakan Strategik (terutama industri) perlu mempunyai satu MoU ringkas yang ditandatangani oleh Pengarah JAS Negeri dan pihak RS;
?? JAS Negeri diminta untuk merancang aktiviti Hari Bumi yang sesuai memandangkan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini adalah pada 22 April iaitu Hari Bumi;
?? JAS HQ akan menetapkan suatu tempoh/had masa bagi sambutan hari berkaitan alam sekitar supaya tarikh sambutan oleh JAS Negeri tidak terlalu awal atau terlalu lewat;
?? JAS HQ akan sediakan 1 format penyediaan Laporan Tahunan agar semua JAS Negeri menggunakan format yang sama;
?? JAS HQ akan membantu menyelaraskan bahan pameran tambahan bagi meningkatkan keberkesanan penyampaian semasa pameran
?? JAS HQ masih belum dapat memaklumkan jumlah peruntukan CEPA yang akan diturunkan kepada JAS Negeri - Oleh itu JAS Negeri diminta untuk proaktif dan kreatif bagi melaksanakan program CEPA yang tidak memerlukan bajet atau bekerjasam dengan Rakan Strategik
?? JAS HQ akan cuba memudahcara pendaftaran ahli RAS dan membincangkan faedah menjadi ahli RAS
??Laporan penuh resolusi dan rumusan akan disediakan oleh JAS HQ dan akan diedarkan kepada setiap JAS Negeri;
?? JAS Johor akan menjadi Tuan Rumah bagi sambutan Hari Alam Sekitar Negara Peringkat Kebangsaan Tahun 2023