PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Sesi Libat Urus

MAKMAL KEJURUTERAAN NILAI DI PERINGKAT KEJURUTERAAN NILAI (VALUE ENGINEERING, VE) BAGI PROJEK PEMBINAAN ASRAMA BAHARU DI KAMPUS INSTITUT AMINUDDIN BAKI, CAWANGAN SABAH, KOTA KINABALU, SABAH (REKA DAN BINA)

DOE Sabah 02/02/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MAKMAL KEJURUTERAAN NILAI DI PERINGKAT KEJURUTERAAN NILAI (VALUE ENGINEERING, VE) BAGI PROJEK PEMBINAAN ASRAMA BAHARU DI KAMPUS INSTITUT AMINUDDIN BAKI, CAWANGAN SABAH, KOTA KINABALU, SABAH (REKA DAN BINA)
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
31/01/2023
Organisasi
DOE Sabah
Lokasi
Sabah>KOTA KINABALU

Penerangan

MAKMAL KEJURUTERAAN NILAI DI PERINGKAT KEJURUTERAAN NILAI (VALUE ENGINEERING, VE) BAGI PROJEK PEMBINAAN ASRAMA BAHARU DI KAMPUS INSTITUT AMINUDDIN BAKI, CAWANGAN SABAH, KOTA KINABALU, SABAH (REKA DAN BINA) ?? ?? Tarikh: 9 Januari 2023 (Isnin) ? Masa: 9.00 Pagi - 4.15 Petang ?? Tempat: Secara Atas Talian (Google Meet) ??????? Kehadiran JAS Sabah: PP FM ?? Ringkasan Laporan & Input Makmal: ?? Satu sesi Makmal Kejuruteraan Nilai (VE) sedang diadakan bersama Kementerian Pendidikan (KPM), Institut Aminuddin Baki, Jabatan Kerja Raya serta Pihak Berkuasa Tempatan dan Syarikat Utiliti pada 9 hingga 11 Januari 2023. JAS Negeri Sabah dengan beberapa Jabatan/Agensi Kerajaan lain telah dijemput untuk memberi input pada 9 Januari 2023. ?? Makmal yang diadakan adalah bagi membincangkan dan menilai anggaran kos-kos projek yang terlibat untuk projek pembinaan asrama baharu di Kampus Institut Aminuddin Baki, Cawangan Sabah, Kota Kinabalu, Sabah. ?? Wakil JAS Sabah memaklumkan, aktiviti projek ini tidak tertakluk di bawah Perintah EIA 2015 di bawah JAS dan pihak JKR dinasihatkan untuk mendapatkan ulasan dan komen lanjut daripada Jabatan Perlindungan Alam Sekitar (JPAS) Sabah mengenai keperluan EIA memandangkan pihak JPAS tiada dijemput ke sesi makmal ini. ?? Wakil JAS Sabah juga memaklumkan mengenai keperluan untuk memasukkan kos bagi pelantikan jururunding atau jurutera professional bagi menyediakan dan mengemukakan dokumen Pemberitahuan Bertulis (PB) sekiranya terdapat pemasangan janakuasa dan sistem kawalan pencemaran udara (batching plant - penapis beg). ?? Selain itu, kos bagi pelantikan kontraktor yang berlesen dengan JAS bagi pengurusan dan pengangkutan buangan terjadual yang terhasil daripada aktiviti projek seperti minyak terpakai, bekas-bekas cat dan lain-lain hendaklah diambilkira.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan