PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPERASI GEMPUR BIL.1/2023 TELAH DILAKSANAKAN OLEH JABATAN ALAM SEKITAR TERENGGANU

DOE Terengganu 30/01/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI GEMPUR BIL.1/2023 TELAH DILAKSANAKAN OLEH JABATAN ALAM SEKITAR TERENGGANU
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
30/01/2023
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

KUALA TERENGGANU, 21 Januari 2023 – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu telah berjaya menjalankan Ops Gempur Bil. 1/2023 pada 15-18 Januari 2023. Dalam operasi ini, sebanyak 32 buah premis yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 telah diperiksa. Pemeriksaan ke atas premis memfokuskan kepada pematuhan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Effluen Perindustrian) 2009, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual )2005. Hasil pemeriksaan ini, 29 “field citation”, 4 Notis Arahan dan 2 Kompaun telah dikeluarkan kepada premis-premis yang gagal mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. JAS Terengganu komited untuk terus sentiasa melaksanakan Ops Gempur dari semasa ke semasa bagi memastikan kelangsungan tindakan penguatkuasaan yang dijalankan dapat meningkatkan pematuhan premis industri di negeri ini. Sehubungan ini juga, orang awam digalakkan untuk menyalurkan aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke [email protected] atau ke portal aduan https://[email protected].

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan