PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA DAN MEMANTAU OPERASI PREMIS  PADA HARI KEDUA  CUTI UMUM SEMPENA SAMBUTAN TAHUN BARU CINA

DOE Terengganu 30/01/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA DAN MEMANTAU OPERASI PREMIS  PADA HARI KEDUA  CUTI UMUM SEMPENA SAMBUTAN TAHUN BARU CINA
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
30/01/2023
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

KUALA TERENGGANU, 23 JANUARI 2023 – Hari kedua cuti umum Sambutan Tahun Baru Cina, pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu,  terus komited  menjalankan rondaan bagi memantau operasi premis dan juga Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT). Rondaan melibatkan Kuala Terengganu, Bukit Payong, Wakaf Tapai, Kuala Ibai, Chendering, Rusila, Marang, Merchang, Rantau Abang, Dungun dan Paka. Tiada Pembakaran Terbuka dikesan sepanjang rondaan dijalankan, Di samping itu, siasatan aduan pembakaran terbuka turut dilakukan di Kg Seberang Tuan Chik, Bukit Tunggal. Hasil siasatan pasukan penguatkuasa telah mengesan pembakaran terbuka sampah sarap yang berskala kecil. Tindakan susulan ke atas individu terbabit telah dilakukan dengan mengeluarkan amaran keras dan menyerahkan risalah larangan pembakaran terbuka.. Selain itu pemantauan juga telah dijalankan disekitar kawasan perairan Pantai Teluk Gadung, Dungun mendapati tiada pencemaran 'tarball' atau minyak yang dikesan  di sepanjang  pantai tersebut; Operasi hari ini juga melibatkan pemantauan di penempatan kilang-kilang di daerah Dungun, dan Tapak Pelupusan Sampah Bukit Ayak,Paka . Tiada sebarang  aktiviti Pembakaran Terbuka dikesan. Walau bagiamanpun terdapat beberapa longgokan timbunan pokok daripada kerja-kerja pembersihan tanah telah dikesan di kawasan Pulau Kerengga,Marang . Risalah larangan pembakaran terbuka juga telah diserahkan dalan amaran  keras kepada individu terbabit telah diberikan agar perkara ini tidak berulang..  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan