Penerangan
KUALA TERENGGANU, 12 JANUARI 2023: Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu, Encik Ramli bin Abd. Rahman telah menghadiri Majlis Perjumpaan YAB Perdana Menteri Malaysia dengan Ketua Ketua Jabatan Persekutuan Negeri Terengganu, bertempat di Dewan Senat, Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
Antara intipati ucapan, YAB Perdana Menteri mengingatkan semua pegawai kanan dan ketua jabatan kerajaan Persekutuan bahawa beliau adalah Perdana Menteri untuk semua negeri, dan layanan kepada setiap negeri adalah setara dan saksama.
YAB juga menyeru penjawat awam agar dimaknai prinsip ‘democratic accountability’ dalam mendirikan kebijakan yang baik untuk rakyat. Katanya sebagai pembuat dan pelaksana dasar tidak harus bersikap ‘complacent’ dan mesti buat sedaya upaya untuk memungkinkan perubahan.
YAB juga akan membawa budaya kesederhanaan dalam pentadbirannya di Peringkat Kerajaan Persekutuan dan juga Kerajaan Negeri.