Penerangan
KUALA TERENGGANU,25 JANUARI 2023- Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu, Encik Ramli Abd. Rahman telah menerima kunjungan hormat pegawai-pegawai kanan dari Insitut Teknologi Petroleum PETRONAS (INSTEP) di pejabat JAS Terengganu hari ini.
Timbalan Pengarah JAS Terengganu, Encik Zakaria Ahmad @ Mohd turut hadir Bersama pegawai-pegawai kanan JAS Terengganu.
Semasa pertemuan tersebut, pewakilan daripada INSTEP menerangkan fungsi dan peranan institusi ini diwujudkan serta turut berkongsi mengenai pelaksanaan program-program dan kemudahan-kemudahan yang ada di INSTEP.
Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu turut menyatakan keterujaan untuk bekerjasama dengan INSTEP terutama dalam program-program Pendidikan dan kempen-kempen kesedaran alam sekitar bagi memperkasakan lagi usaha-usaha melestarikan alam sekitar di negeri ini.