Penerangan
KUALA TERENGGANU, 4 JANUARI 2023: Majlis Daerah Marang dengan sokongan dan kerjasama Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu dan Syarikat KT Wan Recycle telah berjaya menganjurkan program pengumpulan e-waste hari ini/
Program yang berlangsung di Depo, Tapak Pelupusan Sampah, Majlis Daerah Marang telah berjaya mengumpulkan e-waste berjumlah 821 kg.
Komitmen berterusan penganjuran program pengumpulan e-waste ini merupakan salah satu usaha JAS dan pihak berkuasa tempatan di negeri ini, dalam memastikan pengurusan e-waste ini diurus mengikut kaedah mesra alam, dan slogan JAS “ Pemuliharaan Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama”, diterima oleh semua pihak dalam usaha mewariskan bumi kita ini untuk generasi kita masa kini dan akan datang.
"E-WASTE DIKITAR, BUMI TERPELIHARA"