PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

RESORT DI PULAU PERHENTIAN DIDENDA RM25,000 BEROPERASI

DOE Terengganu 30/01/2023 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RESORT DI PULAU PERHENTIAN DIDENDA RM25,000 BEROPERASI
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
30/01/2023
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

KUALA TERENGGANU: Sebuah resort di denda RM25,000 oleh Mahkamah Sesyen Besut di sini hari ini kerana beroperasi tanpa mendapat kelulusan laporan penilaian kesan kepada alam sekeliling (EIA). Hakim Wan Azimah Yaacob menjatuhkan hukuman itu selepas wakil syarikat tersebut mengaku bersalah atas pertuduhan yang dikenakan terhadap mereka. Berdasarkan pertuduhan, Syarikat yang beroperasi di Pualau Perhentian ini,  didapati telah menjalankan  kemudahan pelancongan iaitu aktiviti 12 (b), Jadual Kedua, Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan)(Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015 tanpa terlebih dahulu mengemukakan laporan EIA kepada Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling dan diluluskan sepertimana dikehendaki di bawah Seksyen 34A(6) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Pendakwaan kes dikendalikan oleh pegawai pendakwa yang dilantik oleh JAS negeri. Dalam pada itu, Pengarah JAS Terengganu, Ramli Abd. Rahman dalam kenyataan di sini hari ini berkata,  dibawah Seksyen  34A(6) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, memperuntukkan “Sesiapa yang bermaksud hendak menjalankan sesuatu aktiviti yang ditetapkan tidak boleh menjalankan aktiviti itu sehingga laporan yang dikehendaki dikemukakan dan diluluskan oleh JAS. Sebelum boleh beroperasi,” katanya

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan