PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPERASI BERSEPADU PENGUATKUASAAN ASAP HITAM BERLEBIHAN DARIPADA KENDERAAN BERENJIN DIESEL OLEH JAS TERENGGANU DENGAN KERJASAMA CAWANGAN TRAFIK IPD SETIU

DOE Terengganu 30/01/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI BERSEPADU PENGUATKUASAAN ASAP HITAM BERLEBIHAN DARIPADA KENDERAAN BERENJIN DIESEL OLEH JAS TERENGGANU DENGAN KERJASAMA CAWANGAN TRAFIK IPD SETIU
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
30/01/2023
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

KUALA TERENGGANU, 15 JANUARI 2023- Pasukan penguatkuasa Unit Kenderaan Bermotor, Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah menjalankan operasi bersepadu bersama pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Setiu pada 13 Januari 2023. Dengan kekuatan anggota pasukan penguatkuasa JAS Terengganu seramai 6 orang dan IPD Setiu seramai 10 orang, operasi ini berjaya dilaksanakan di Jalan Kuala Terengganu- Kota Baharu, berhadapan pejabat IPD, Setiu. Hasil operasi ini, 220 buah kenderaan telah diperiksa secara visual dan 5 buah kenderaan telah menjalani pengujian meter asap. Hasil pengujian ini, 4 Notis Arahan di bawah Seksyen 48A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan 1 kompaun telah dikeluarkan. Operasi ini memberi tumpuan kepada penguatkuasaan pelepasan asap hitam yang tertakluk di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan