PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPERASI BERSEPADU JAS TERENGGANU BERSAMA PDRM CAWANGAN TRAFIK IBU PEJABAT POLIS DAERAH DUNGUN, 150 KENDERAAN DIPERIKSA

DOE Terengganu 30/01/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI BERSEPADU JAS TERENGGANU BERSAMA PDRM CAWANGAN TRAFIK IBU PEJABAT POLIS DAERAH DUNGUN, 150 KENDERAAN DIPERIKSA
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
30/01/2023
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

KUALA TERENGGANU, 18 JANUARI 2022 : Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu telah mengeluarkan tiga notis arahan dan dua kompaun kepada empat pemilik kenderaan dalam satu operasi pelepasan asap hitam di Dungun, semalam. Selain itu juga, satu kenderaan diuji di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Petrol) 1996. Pengarahnya, Ramli Abd. Rahman berkata, kesalahan ini dikesan,  hasil pemeriksaan yang dijalankan terhadap 150 kenderaan ketika operasi itu berlangsung. Menurutnya, 150 buah kenderaan itu telah diperiksa secara visual dan lima daripadanya telah menjalani ujian meter asap. "Notis arahan dikeluarkan di bawah Seksyen 48A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan kompaun di bawah Peraturan 11. Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Petrol)1996 . "Pemilik kenderaan berenjin diesel dan berenjin petrol diingatkan supaya memastikan kenderaan sentiasa diselenggara dan berada dalam keadaan yang baik serta mematuhi Peraturan-Peraturan yang ditetapkan di bawah, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Tambahnya, seramai 6 anggota penguatkuasa dari Unit Kenderaan Bermotor JAS negeri Terengganu dan 10 orang anggota dari pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun terlibat dalam operasi tersebut. "JAS Terengganu akan meneruskan operasi seperti ini secara berkala untuk memastikan pemilik kenderaan motor sentiasa mematuhi pelepasan asap hitam melalui ekzos kenderaan diesel dan pencemar bergas dari kenderaan berenjin petrol mengikut spesifikasi yang dibenarkan. "Ini kerana pelepasan asap hitam dan pencemar bergas berlebihan berisiko memberi kesan buruk kepada kualiti udara dan seterusnya memberi kesan kepada kesihatan manusia serta alam sekitar," katanya.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan