PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PEMANTAUAN KUALITI UDARA PADA WAKTU MALAM DI KAWASAN PERINDUSTRIAN OLEH JAS TERENGGANU CAWANGAN KEMAMAN

DOE Terengganu 30/01/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PEMANTAUAN KUALITI UDARA PADA WAKTU MALAM DI KAWASAN PERINDUSTRIAN OLEH JAS TERENGGANU CAWANGAN KEMAMAN
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
30/01/2023
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

KEMAMAN, 23 JANUARI 2023 – Hari kedua, cuti umum Sambutan Tahun Baru Cina hari ini, pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu, Cawangan Kemaman terus meningkatkan rondaan bagi memantau kualiti udara di kawasan operasi kilang-kilang di daerah ini. Dengan menggunakan peralatan “Portable Multi Gas Analyser (CEREX)”, status kualiti udara secara insitu dapat dianalisa dan direkodkan untuk tindakan susulan JAS Cawanngan Kemaman. Ini merupakan inisiatif dan usaha proaktif pihak pengurusan JAS Terengganu bagi menyediakan data pemantauan kualiti udara in-situ terkini di kawasan perindustrian ini sebagai  benchmark atau penanda aras tahap kualiti udara dikawasan ini untuk kesiap siagaan dalam menghadapi sebarang kemungkinan kemerosotan kualiti udara di daerah ini. Kerjasama orang awam sentiasa dialu-alukan dalam memberi kerjasama untuk mencegah pencemaran berlaku di negeri ini, khususnya di daerah Kemaman yang mempunyai kilang-kilamng yang berteknologi tinggi dan berisiko tinggi sekiranya pencemaran berlaku.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan