PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

JAS TERENGGANU CAWANGAN KEMAMAN TERUS KOMITED TINGKATKAN OMPT DAN PANTAU OPERASI PREMIS

DOE Terengganu 30/01/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JAS TERENGGANU CAWANGAN KEMAMAN TERUS KOMITED TINGKATKAN OMPT DAN PANTAU OPERASI PREMIS
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
30/01/2023
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

KEMAMAN, 23 JANUARI 2023 – Cuti umum Sambutan Tahun Baru Cina, telah memasuki hari kedua hari ini, pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu, Cawangan Kemaman terus komited  menjalankan rondaan bagi memantau operasi premis dan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT). Rondaan melibatkan jajaran sekitar kawasan  Chukai, Kg.Besut, Bukit Kuang, Telok Kalong, Kawasan Perindustrian Telok Kalong, Pengkalan Bekalan Kemaman (Kemaman Supply Base), Jakar , Kawasan Perindustrian Jakar, Geliga, Kijal, Kemasik, Kerteh, Kerteh Integrated Petrochemical Complex, Taman Industri Biokimia,  Bakau Tinggi dan Gong Limau. Rondaan ini melibatkan kawasan penempatan di kampung dan taman perumahan,serta kilang-kilang yang dilakukan melalui daratan dan udara menggunakan peralatan dron ini,  didapati tiada pembakaran terbuka dikesan. Hasil operasi ini juga, tiada sebarang aktiviti abnormal dan mencurigakan sepanjang pemantauan dijalankan berkenaan.. Pasukan penguatkuasa JAS Terengganu sentiasa bersiap siaga dalam menghadapi sebarang kemungkinan bencana pencemaran dari punca-punca yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Kerjasama orang awam juga sangat-sangat dialu-alukan dalam mengemukakan aduan pencemaran kepada JAS Terengganu dalam usaha dan komitmen bersama menangani pencemaran di negeri ini.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan