Penerangan
KUALA TERENGGANU, 18 JANUARI 2023 – Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu, Encik Ramli Abd Rahman telah merasmikan Sesi Taklimat dan Latihan Hands On Penggunaan Aplikasi myPremis bagi Permohonan Pembaharuan Lesen Premis dan Pembawa Yang Ditetapkan - Buangan Terjadual (PYDT-BT) Tahun 2023/2024.
Program ini telah disertai seramai 20 orang peserta dari premis PYDT BT yang beroperasi di negeri ini.
Sistem myPremis dibangunkan oleh JAS bagi menggantikan penggunaan Business Licensing Electronic Supporting System (BLESS).
Sistem ini mengandungi modul bagi pembaharuan Lesen Premis Dan Pembawa Yang Ditetapkan Buangan Terjadual di bawah Seksyen 18, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
JAS Terengganu mengambil inisiatif menganjurkan sesi ini bagi memastikan proses permohonan pembaharuan lesen dapat dijalankan secara lancar dan teratur.