Penerangan
29 Januari 2023, Kangar- JAS Perlis bersama Syarikat Iyan Trading Sdn. Bhd. telah berjaya menganjurkan Program Pengumpulan Buangan Elektrik dan Elektronik Isirumah (BEE), bertempat di tempat letak kenderaan, Bangunan KWSP, Jalan Bukit Lagi, Kangar, Perlis. Program pada hari ini diteruskan seperti yang disarankan oleh Jabatan Alam Sekitar Putrajaya sempena Kempen Hari Pengumpulan E-waste pada hari Sabtu terakhir setiap bulan.
Kempen ini dianjurkan bagi memberi pendedahan dan meningkatkan kesedaran kepada orang ramai tentang keperluan menguruskan buangan elektrik dan elektronik dengan betul dan dapat dilaksanakan dengan lebih teratur serta mesra alam. Ia juga diharap dapat memupuk dan meningkatkan keprihatinan dan tanggungjawab orang awam dalam memelihara dan memulihara alam sekitar.
JAS Perlis sentiasa optimis dengan kerjasama pelbagai pihak dalam usaha melestarikan alam sekitar khususnya di negeri ini akan terus dapat dilaksanakan dengan jayanya.
"E-waste Dikitar, Bumi Terpelihara"
#nrecc
#jabatanalamsekitar
#jasperlis
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasperlis_jan2023