Penerangan
26 Januari 2023 – Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis telah menerima kunjungan hormat daripada Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis. Kunjungan hormat ini di ketuai oleh Encik Zainudin Bin Ramli, Pensyarah Pendidikan Awal Kanak -Kanak dan para pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak.
Perbincangan berkaitan program-program anjuran Jabatan dan perkongsian maklumat berkaitan pendidikan awal kanak-kanak dari aspek kelestarian alam sekitar turut diadakan. Selain itu, perbincangan kearah untuk membentuk satu jalinan kerjasama yang boleh dilaksanakan antara kedua-dua belah pihak turut diberi perhatian.
Kerjasama dua hala ini penting dalam memantapkan usaha untuk mendidik dan menyemai semangat cintakan alam sekitar kepada generasi muda masa hadapan.
Jabatan Alam Sekitar negeri Perlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian pihak IPG Kampus Perlis untuk bekerjasama dengan Jabatan ini bagi memastikan kelestarian alam sekitar terus terpelihara.
#nrecc
#jabatanalamsekitar
#jasperlis
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasperlis_jan2023