Penerangan
KUALA TERENGGANU, 19 JANUARI 2023: Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu , Encik Ramli Abd. Rahman telah menghadiri Majlis Bacaan Yaasin bersama seluruh warga JAS Terengganu secara fizikal dan atas talian.
Majlis diteruskan dengan Penyampaian Amanat Tuan Pengarah dan disusuli Mesyuarat Pagi Bil. 2/2023 .Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu.
Hadir sama Timbalan Pengarah, Encik Zakaria Ahmad @ Mohd dan Ketua Penolong Pengarah, Encik Mohd Norli bin Abdullah serta seluruh kakitangan Jabatan yang berpejabat di Kuala Terengganu dan di cawangan Kemaman.
Tuan pengarah telah menyampaikan beberapa amanat penting sebagai peringatan kepada semua, khususnya dalam menjalankan tugas-tugas harian dan juga membincangkan isu-isu berkaitan tugasan harian untuk diselesaikan secara bersama.