PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Sesi Libat Urus

SESI LIBAT URUS JAS TERENGGANU BERSAMA PETRONAS GAS BERHAD

DOE Terengganu 29/01/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SESI LIBAT URUS JAS TERENGGANU BERSAMA PETRONAS GAS BERHAD
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
29/01/2023
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

KUALA TERENGGANU,26 JANUARI 2023- Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan  Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu, Encik Mohd Norli bin Abdullah  telah menerima kunjungan  pegawai-pegawai kanan dari PETRONAS GAS BERHAD (PGB) yang diketuai oleh Puan Suhada binti Daud, Head Of Environment , di pejabat JAS Terengganu hari ini. Semasa pertemuan topik perbincangan merangkumi  jalinan kerjasama yang boleh diwujudkan di antara JAS dan PGB sebagai rakan strategik dalam program-program pendidikan dan kempen-kempen kesedaran alam sekitar di negeri ini. JAS Terengganu merakamkan setinggi penghargaan atas komitmen dan usaha-usaha proaktif PGB untuk bekerjasama dalam program-progarm sambutan utama anjuran JAS seperti Sambutan Hari Bumi pada 22 April, Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia  pada 5 Jun dan Sambutan Hari Ozon pada 16 September serta Sambutan Hari Alam Sekitar Negara pada 21 Oktober setiap tahun..

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan