PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Sesi Libat Urus

SESI LIBAT URUS JAS TERENGGANU BERSAMA INSTEP

DOE Terengganu 29/01/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SESI LIBAT URUS JAS TERENGGANU BERSAMA INSTEP
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
29/01/2023
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

KUALA TERENGGANU,25 JANUARI 2023- Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu, Encik Ramli Abd. Rahman  telah menerima kunjungan hormat pegawai-pegawai kanan dari Insitut Teknologi Petroleum PETRONAS (INSTEP) yang diketuai oleh Encik Mohd  Haziman Mamat Yusof, Pengurus Latihan dan Pengurusan Aset di pejabat JAS Terengganu hari ini. Timbalan Pengarah JAS Terengganu, Encik Zakaria Ahmad @ Mohd turut hadir bersama  pegawai-pegawai kanan JAS Terengganu. Semasa pertemuan tersebut, pewakilan daripada INSTEP telah menerangkan fungsi dan peranan institusi ini diwujudkan serta turut berkongsi mengenai pelaksanaan program-program latihan dan kemudahan-kemudahan yang ada di INSTEP. Turut dibincangkan adalah jalinan kerjasama yang boleh diwujudkan di antara JAS dan INSTEP khususnya dalam latihan sumber manusia dan program-program kesedaran alam sekitar. JAS  Terengganu amat berbesar hati di atas komitmen INSTEP untuk turut terlibat dalam program-program pendidikan dan kempen-kempen kesedaran alam sekitar bagi memperkasakan lagi usaha-usaha melestarikan alam sekitar di negeri ini.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan