Penerangan
SIASATAN ADUAN PEMBAKARAN TERBUKA OLEH PEGAWAI PENGUATKUASA JAS TERENGGANU
KUALA TERENGGANU, 19 JANUARI 2023: Pegawai penguatkuasaan JAS Terengganu telah menjalankan siasatan aduan pembakaran terbuka ke atas dua lokasi yang yang diadu oleh orang awam.
Amaran dan nasihat serta pemasangan banner dan risalah larangan pembakaran terbuka telah dilakukan agar individu yang terlibat tidak lagi melakukan pembakaran terbuka.
Larangan pembakaran terbuka ini termaktub di bawah Seksyen 29A Akta Kualiti alam Sekelilin 1974 yang memperuntukkan , tiada seorang pun boleh membenarkan atau menyebabkan pembakaran terbuka di mana-mana premis.
Mana-mana orang yang melanggar Seksyen ini boleh didenda tidak melebihi RM500,000. 00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.