Penerangan
RAUB, 25 Januari 2023 - JAS Negeri Pahang telah menyertai Operasi Bersepadu 'Ops Gerak' Sempena Tahun Baru Cina di KM 358 Jln. Kota Bharu-K.Lumpur, Raub bersama-sama IPK Pahang, IPD Daerah Raub, JPJ Pahang dan AADK Daerah Raub.
Seramai tujuh (7) anggota penguatkuasa JAS Negeri Pahang telah membuat pemeriksaan terhadap 62 buah kenderaan berenjin diesel dan petrol. Tawaran kompaun berjumlah RM 8,000 telah dikeluarkan kepada pengguna jalan raya yang gagal mematuhi undang-undang yang ditetapkan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.