Penerangan
GEBENG, 25 Januari 2023 - Bertindak atas aduan orang awam, Pasukan Operasi Penguatkuasaan JAS Cawangan Gebeng dibantu oleh Penguatkuasa JAS Negeri Pahang serta pihak Majlis Bandaraya Kuantan telah membuat satu serbuan ke atas kilang yang menjalankan pemerolehan kembali e-waste tanpa lesen di Kawasan Perindustrian Gebeng.
Serbuan mendapati kilang sedang beroperasi. JAS telah mengambil tindakan arahan menghentikan operasi serta merta dan Penahanan Operasi Kelengkapan. Penemuan jumbo bag yang disyaki e-waste telah disita oleh JAS Gebeng bagi tindakan penguatkuasaan selanjutnya.
Kes ini disiasat dibawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.