Penerangan
MARAN, 24 JANUARI 2023 - JAS Negeri Pahang telah menyertai Operasi Bersepadu 'Ops Gerak' Sempena Perayaan Tahun Baru Cina di KM 4 Jalan Jerantut-Temerloh, Jerantut bersama-sama IPK Pahang, JPJ Pahang dan AADK Daerah Jerantut.
Seramai tujuh (7) anggota penguatkuasa JAS Negeri Pahang telah membuat pemeriksaan terhadap 41 buah kenderaan berenjin diesel dan petrol dengan tawaran kompaun dan notis telah dikeluarkan kepada pengguna jalan raya yang gagal mematuhi undang-undang yang ditetapkan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Orang ramai diingatkan supaya memastikan kenderaan sentiasa dalam keadaan baik dan tidak mencemarkan alam sekitar.