Penerangan
MARAN, 20 Januari 2023 - JAS Negeri Pahang menyertai Operasi Bersepadu 'Ops Gerak' Sempena Perayaan Tahun Baru Cina di Jalan Kuantan-Kuala Lumpur, Maran bersama-sama IPK Pahang, JPJ Pahang dan AADK Daerah Maran.
Seramai tujuh (7) anggota penguatkuasa JAS Negeri Pahang telah membuat pemeriksaan terhadap 54 buah kenderaan berenjin diesel dan petrol. Tawaran kompaun berjumlah RM 12,000 telah dikeluarkan kepada pengguna jalan raya yang gagal mematuhi undang-undang yang ditetapkan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Orang ramai diingatkan supaya memastikan kenderaan sentiasa dalam keadaan baik dan tidak mencemarkan alam sekitar.