Penerangan
KUALA LIPIS, 12 Januari 2023 - Pegawai Penguatkuasa JAS Cawangan Cameron Highlands dan bersama-sama Unit Perlesenan daripada JAS Pahang telah menjalankan pemeriksaan terhadap kilang getah yang terletak di Daerah Lipis bagi verifikasi Pelan Penutupan Kilang yang telah dimohon oleh pihak Kilang. Pihak kilang diminta menyediakan laporan berkenaan perkara tersebut dan hendaklah mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan agar tidak memberi kesan terhadap alam sekeliling.
Dalam pemeriksaan ini, JAS Pahang telah mengeluarkan field citation bagi tindakan penambahbaikan dan pematuhan terhadap syarat-syarat lesen.
Adalah diingatkan agar premis-premis industri untuk mematuhi keperluan perundangan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 bagi menjamin kelestarian alam sekitar.