Penerangan
TARIKH/HARI: 23 Jan 2023 (Isnin)
MASA : 10.00 am - 7.00 pm
TUGASAN : Rondaan/Pemantauan pencemaran & Ops. Pembakaran Terbuka bagi kawasan Klang Selatan :
Kawasan Rondaan
- Jalan Teluk Panglima Garang
- Kawasan Revolusi Hijau Johan Setia
- Jalan kebun Tambahan
- Kawasan Parkland & Bayu Emas
- Kawasan Sg.Kelkati
- Kawasan Perindustrian Telok Gong
- Jalan Sg. Pinang, Pulau Indah
- Persiaran Sg. Pinang, Pulau Indah &
- Jeti Nelayan, Pelabuhan Klang
- Jalan Sg.Chandong 8
1. Slot rondaan pencemaran dijalankan bermula dari kawasan Seksyen 32 Shah Alam dan menghala ke kawasan Klang Selatan. Skop pemantauan pencemaran memfokuskan kepada kawasan perindustrian dan kawasan kawasan yang berpotensi berlakunya pencemaran yang lain. Sepanjang rondaan keadaan cuaca mendung & hujan di sebahagian kawasan. Pemantauan di kawasan Sg Chandong dan Persiaran Sg Pinang Pulau Indah juga mendapati keadaan baik dan terkawal.
2. Rondaan di kawasan perindustrian, mendapati kebanyakan premis tidak beroperasi sempena perayaan Tahun Baru Cina. Tinjauan di longkang² disekitar kawasan premis tidak menemui unsur sebarang pencemaran.
3. Pasukan peronda juga tidak menemui sebarang punca pencemaran udara dan pembakaran terbuka sepanjang rondaan di kawasan Revolusi Hijau Johan Setia.
Secara keseluruhannya, keadaan kawasan rondaan adalah baik dan terkawal tanpa sebarang aduan dan pencemaran yang dikesan.