Penerangan
Lokasi
Jalan Ampang, Selangor
Masa
2030H - 2330H
Perundangan
i) Per. 10(1), PPKAS (Kawalan Pelepasan Daripada Motosikal) 2003
ii) Seksyen 48A, AKAS 1974
Butiran Operasi
1) Sebanyak 380 buah motosikal melalui sekatan jalan raya di sepanjang masa operasi;
2) Dari jumlah tersebut, sebanyak 21 buah motosikal telah ditahan dan diarah menjalani ujian dengan meter gas;
3) Sebanyak 7 buah motosikal didapati gagal mematuhi had pelepasan bahan pencemar karbon monoksida (CO) yang dibenarkan iaitu 4.5% di bawah Peraturan 10(1), PPKAS (Motosikal) 2003;
4) 7 Notis Arahan di bawah Seksyen 48A, AKAS 1974 telah dikeluarkan mengarahkan pemilik menjalani pemeriksaan semula pelepasan CO di PUSPAKOM dalam tempoh 30 hari.