Penerangan
26 Januari 2023 - Satu pembentangan mengenai draf Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 202X telah diadakan di bilik Mesyuarat Anggerik, Bahagian Bahan Berbahaya, Jabatan Alam Sekitar Ibu Pejabat. Pembentangan tersebut telah disampaikan oleh Encik Nurmizhuari bin Abdul Samat, Pegawai Kawalan Alam Sekitar Kanan kepada pegawai-pegawai teknikal Bahagian Bahan berbahaya.