21 Januari 2023, KANGAR – Pasukan pemantauan pencemaran Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Perlis telah menjalankan pemantauan secara berterusan bagi mencegah pencemaran.
Pemantauan tertumpu di kawasan-kawasan yang berisiko berlakunya pencemaran dan juga kawasan perindustrian.
Hasil pemantauan, tiada aktiviti pembakaran terbuka dan pencemaran dikesan semasa siasatan dijalankan.
Untuk makluman, tindakan undang-undang di bawah Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 boleh dikenakan bagi kesalahan melakukan pembakaran terbuka iaitu kompaun tidak melebihi RM2,000.00 bagi setiap longgokan kebakaran dan denda tidak melebihi RM500, 000.00 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.
Orang awam adalah diingatkan supaya tidak melakukan pembakaran terbuka semasa cuaca kering.
Jabatan ini menyeru orang awam tampil membuat aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke
[email protected] atau ke portal aduan https://eaduan.doe.gov.my
#nrecc
#jabatanalamsekitar
#jasperlis
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasperlis_jan2023