Penerangan
19 Januari 2023, Kangar - Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis telah menjalankan operasi bersepadu dengan pelbagai Agensi Penguatkuasaan anjuran Majlis Keselamatan Jalan Raya Sempena Kempen Keselamatan Jalan Raya Peringkat Negeri Perlis Bagi Sambutan Tahun Baru Cina 2023.
Operasi ini melibatkan 4 orang pegawai dari JAS Perlis bagi menjalankan penguatkuasaan pematuhan kawalan pelepasan daripada enjin diesel dan pematuhan di bawah Peraturan 16, Peraturan - Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di Terminal Bas Bukit Lagi, Kangar, Perlis.
Sebanyak 12 buah bas telah menjalani pemeriksaan secara visual. Tiada tawaran kompaun dan notis arahan bawah Seksyen 48A, AKAS 1974 dikeluarkan.
#nrecc
#jabatanalamsekitar
#jasperlis
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasperlis_jan2023