Penerangan
TARIKH : 24/1/2023 (SELASA)
MASA : 12.00 pm – 6.30 pm
AGENSI : JAS SELANGOR, CAW. SEPANG
LOKASI RONDAAN: KAW. PERINDUSTRIAN BANTING, KAW PERINDUSTRIAN SUNGAI RAMBAI, KAW. PERINDUSTRIAN TELOK PANGLIMA GARANG, BANDAR MAHKOTA, JENJAROM, RIMBAYU & BANDAR SAUJANA
Didapati kebanyakkan industri di kawasan rondaan tidak beroperasi oleh kerana cuti perayaan pada tahun baru cina. Tiada pencemaran dan pelepasan air (efluen) yang mencurigakan dikesan.
Keadaan cuaca semasa rondaan mendung dan gerimis dari pagi hingga ke petang dikebanyakan kawasan rondaan.
Rondaan juga dilakukan disekitar kawasan perkampungan di Sungai Manggis, Seri Cheeding, Telok Panglima Garang, Rimbayu dan Bandar Saujana namun mendapati tiada aktiviti pembakaran terbuka dan pelepasan asap hitam ditemui di kawasan yang dironda.Rondaan dan pemantauan dilakukan di kawasan yang berpotensi berlakunya pencemaran. Pemerhatian dibuat ke atas pelepasan asap hitam cerobong, pelepasan effluen dan pembakaran terbuka.