OPS GEMPUR BIL. 1/2023 - JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SEMBILAN
17-18 JANUARI 2023 SEREMBAN – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan telah selesai menjalankan Ops Gempur Bil 1/2023.
Operasi Gempur ini memfokuskan kepada pematuhan Premis Yang Bukan Ditetapkan(PYBDT) di kawasan Perindustrian Nilai, Sendayan, Seremban, Jempol dan Tampin, Negeri Sembilan.
Operasi ini melibatkan 15 orang pegawai dari Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan dan JAS Cawangan Kuala Pilah yang dibahagikan kepada 5 pasukan.
Sebanyak 23 premis telah diperiksa dengan 10 Notis Arahan dan 12 Syor Kompaun. Sebanyak enam (6) persampelan rasmi efluen diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia utk dianalisa. Tindakan selanjutnya,setelah menerima hasil keputusan analisa kimia daripada Jabatan Kimia Malaysia.
Sehubungan dengan itu, premis-premis dinasihatkan agar memastikan peruntukan undang-undang di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dipatuhi sepenuhnya semasa beroperasi. Diharapkan dengan Ops Gempur ini dan tindakan penguatkuasaan yang dijalankan dapat meningkatkan pematuhan kendiri oleh semua pihak khususnya industri supaya operasi di premis mereka adalah sentiasa mengikut kehendak perundangan dan memastikan kepentingan alam sekitar diberi perhatian serius oleh pihak-pihak yang berkenaan. Pemantauan berterusan akan dijalankan bagi memastikan pematuhan berterusan premis industri terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-peraturan di bawahnya. Orang awam diminta untuk menyalurkan aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke
[email protected] atau ke portal aduan https://
[email protected].