Penerangan
Satu perjumpaan “Meet & Greet” antara pihak pengurusan tertinggi Matsuda Sangyo (Malaysia) Sdn Bhd dan Jabatan Alam Sekitar telah diadakan pada 4 Januari 2023. Sesi perjumpaan telah dipengerusikan oleh Tn Hj. Shafe’ee bin Yasin, Pengarah Bahagian Penguatkusa, Jabatan Alam Sekitar Putrajaya dan turut dihadiri oleh Pengarah Bahagian Air dan Marin, Encik Rosli bin Osman dan wakil-wakil daripada Bahagian Penguatkuasa, Bahagian Udara, Bahagian Bahan Berbahaya, dan Bahagian Penilaian. Manakala pengurusan tertinggi Matsuda Sangyo (Malaysia) Sdn Bhd telah dihadiri oleh Pengarah Urusan syarikat iaitu Encik Noriyoshi Totsuka, Penolong Pengurus Besar Korporat iaitu Encik Affendi Md Ali dan pengurus syarikat iaitu Cik Jane Yee.
Perjumpaan ini telah diadakan bagi memenuhi permohonan pihak syarikat yang menjadikan perjumpaan antara pengurusan tertinggi kedua-dua pihak sebagai satu amalan syarikat pada setiap tahun. Pada masa yang sama, pihak syarikat telah memaklumkan profil syarikat yang merupakan Premis Yang Ditetapkan (Buangan Terjadual) di negeri Selangor. Premis juga telah dimaklumkan berhubung keperluan untuk mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya.