Penerangan
11 Januari 2023 (Rabu), JAS Pulau Pinang berbesar hati menerima satu lawatan akademik oleh pelajar-pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTMCPP) Kampus Bertam. Lawatan ini disertai seramai 29 pelajar Semester 3, Program Diploma Kesihatan Persekitaran. Tujuan lawatan adalah untuk melahirkan pelapis pengamal kesihatan persekitaran yang kompetan dan professional. Kehadiran pelajar ini disambut oleh Encik Mohd Fitri bin Mohd Mokhtar, Ketua Penolong Pengarah. Para pelajar diberi taklimat berkenaan Penilaian Kesan Terhadap Alam Sekitar (EIA), kawalan pelepasan asap kenderaan dan kerja-kerja pengawasan.