Penerangan
Tarikh :- 18 Jan 2023
Setiap hari Rabu
Cawangan PUSPAKOM
Padang Jawa dan Alam Mega (Selangor)
Perundangan
Seksyen 48A, AKAS 1974
Arahan Pengujian di PUSPAKOM
Selain tindakan kompaun, Pemilik kenderaan berenjin diesel dan petrol yang didapati gagal mematuhi had pelepasan asap dan gas setelah diuji dalam operasi statik penguatkuasaan yang dijalankan oleh Unit Kenderaan Motor JAS Selangor juga akan dikenakan tindakan Notis Arahan di bawah Seksyen 48A, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 iaitu menjalani pemeriksaan semula pelepasan asap dan gas di cawangan-cawangan PUSPAKOM yang telah ditetapkan.
Pemilik kenderaan berenjin diesel yang dikesan atau disyaki melepaskan asap berlebihan hasil pemerhatian yang dilakukan di dalam operasi penguatkuasaan menggunakan kamera video di lokasi strategik di jalan raya atau berdasarkan aduan orang awam juga boleh diarahkan menjalani pemeriksaan pelepasan asap melalui Notis Arahan di bawah Seksyen 31(1)(d), Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 di mana-mana cawangan pusat pengujian PUSPAKOM seperti yang ditetapkan di dalam Prosedur Tetap Operasi Pengujian Pelepasan di PUSPAKOM.