Penerangan
JOHOR BAHRU, 18 Januari 2023 – Di pejabat Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor, Dr. Mohd Famey bin Yusoff telah mempengerusikan satu Mesyuarat Environmental Impact Assessment Technical Review Committee (EIATRC) bertujuan membincangkan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (Environmental Impact Assessment, EIA) bagi sebuah projek yang dicadangkan di Daerah Pontian, Johor.
Mesyuarat turut dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan, En. Badlishah bin Ahmad, pegawai-pegawai JAS Johor serta ahli-ahli EIATRC iaitu wakil Majlis Perbandaran Pontian, Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Johor (PLANMalaysia@Johor), Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Negeri Johor, Badan Kawalselia Air Johor (BAKAJ), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Ranhill SAJ Sdn Bhd.
Mesyuarat ini dibentangkan oleh pihak perunding dan penggerak projek berkenaan keadaan semasa tapak cadangan, perancangan projek, langkah-langkah kawalan sedia ada dan yang akan dibina, dan maklumat-maklumat berkaitan.
Untuk memastikan Laporan EIA Jadual Pertama ini disediakan mengikut Seksyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, ulasan-ulasan dari agensi teknikal telah diambil maklum oleh JAS Johor untuk mempertimbangkan kelulusan laporan EIA ini.