PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Kes-kes Alam Sekitar|Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

SIASATAN ADUAN PEMBUANGAN SISA INDUSTRI KE DALAM SUNGAI API-API, PT HJ DAHLAN, PONTIAN

DOE Johor 25/01/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SIASATAN ADUAN PEMBUANGAN SISA INDUSTRI KE DALAM SUNGAI API-API, PT HJ DAHLAN, PONTIAN
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
25/01/2023
Organisasi
DOE Johor
Lokasi
Johor

Penerangan

18 Januari 2023, PONTIAN - Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor telah menjalankan siasatan susulan aduan yang diterima daripada orang awam mengenai pembuangan sisa industri ke dalam sungai di Parit Hj Dahlan, Api-Api, Pontian Pihak JAS telah menjalankan persampelan serta telah mengeluarkan arahan pembersihan serta - merta terhadap sebuah premis industri yang telah dikenalpasti menjalankan aktiviti tidak bertanggungjawab tersebut. Pihak industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya. Tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat sebarang ketidakpatuhan dikesan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan